Kali pertama bumi diciptakan, bumi ini bergoyang dan bergoncang. Berputar dengan
tidak stabil pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para Malaikat. Lalu
Malaikat mengadap Allah SWT.
"Wahai Rab yang Maha Mengetahui, mengapa
bumi ini bergoyang? tanya para Malaikat. Kerana belum dipaku. jawab Allah
ringkas. Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab? Tanya para Malaikat. Aku
akan menciptakan gunung-ganang. Jawab Allah".
Setelah itu, Allah terus
menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Setelah diciptakan
gunung-ganang, bumi pun diam berputar sesuai dipaksinya. Maka gunung dikenali
sebagai paku bumi.
Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.
Setelah Allah menciptakan paku bumi, kemudian para Malaikat bertanya lagi.
"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?. Ada, jawab Allah. Iaitu api,
dengan panasnya dapat meleburkan besi. Adakah yang lebih kuat lagi selain api ya
Rab? Ada, yakni air yang dapat memadamkan api. Jawab Allah lagi".
"Jadi
ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air? sambung Malaikat. Ada, iaitu
angin, kerana angin bisa membawa air ke mana pun ia menghembus". Jawab Allah
lagi.
"Tapi ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api,
air dan angin)? Malaikat bertanya lagi.
"Ada, iaitu nafas hambaKu yang
berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." Demikian
Allah SWT telah menjelaskan.
(Dipetik dari Hadis Kudsi)
~Diari sufi,
Siti Munazakiah~
1 comment:
Saya nak minta izin nak copy ayat ats ni ea, nak letak dlm blog sy, blog walking at myblog www.snkhadijah.blogspot.com tq so much hehe
Post a Comment