Thursday, 30 May 2013

Kekuatan Doa....

 


 Kali pertama bumi diciptakan, bumi ini bergoyang dan bergoncang. Berputar dengan tidak stabil pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para Malaikat. Lalu Malaikat mengadap Allah SWT.

"Wahai Rab yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang? tanya para Malaikat. Kerana belum dipaku. jawab Allah ringkas. Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab? Tanya para Malaikat. Aku akan menciptakan gunung-ganang. Jawab Allah".

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam berputar sesuai dipaksinya. Maka gunung dikenali sebagai paku bumi.

Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi, kemudian para Malaikat bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?. Ada, jawab Allah. Iaitu api, dengan panasnya dapat meleburkan besi. Adakah yang lebih kuat lagi selain api ya Rab? Ada, yakni air yang dapat memadamkan api. Jawab Allah lagi".

"Jadi ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air? sambung Malaikat. Ada, iaitu angin, kerana angin bisa membawa air ke mana pun ia menghembus". Jawab Allah lagi.

"Tapi ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air dan angin)? Malaikat bertanya lagi.

"Ada, iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT telah menjelaskan.




(Dipetik dari Hadis Kudsi)

~Diari sufi, Siti Munazakiah~

Wednesday, 29 May 2013

Kursus apa yang sesuai kalau GAGAL Math???

Assalamulaikum, 

Kursus apa yang sesuai kalau anda fail subjek Matematik dalam SPM??

Mungkin ada yang risau kan?? hehe.. 

Jangan risau dah.. 

Sebab kami ada 1 program di bawah Jabatan Pengurusan dan Perakaunan yang sesuai dengan situasi anda.. 

Kursus tersebut adalah :

DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN..

Syaratnya...

3 kepujian dalam SPM dan LULUS BAHASA INGGERIS
 
Jadi, bagi anda yang GAGAL MATEMATIK.. Jangan risau dah.. 

Jom daftar program kami!!

Salam Sessi Jun 2013

Assalamualaikum, 

Lama sudah bersawang blog Jabatan Pengurusan dan Perakaunan (JPP) ini yek.. 

Maaf ye, sebab dah lama tak update.. mungkin pensyarah-pensyarah JPP ini sibuk sikit.. maklumlah penuh dengan kelas-kelas kan?? 

Jadi,kami daripada JPP nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

Selamat Datang 

kepada pelajar-pelajar untuk sessi yang akan datang ini iaitu sessi Jun 2013..

Untuk mukadimah untuk sessi yang baru ini.. JPP nak tunjuk dulu muka-muka pensyarah JPP.. 

Jom Layan!!

  
Itu dia... comel-comel semua... nak kenal kan?? ok..kita mula dari kiri.. hehehe

Dari kiri  (Baris Ke-2) : Cik Nurul Nerissa, Puan Nor Azlina, Puan Yufiza Amdan, Cik Nurfarrah, Cik Faridah Hanim, Cik Razrin Wahidah, Puan Surayah, Puan Rozimah

Dari kiri ( Baris pertama) :Cik Suhana, Puan Marlina,En.Azaddin, Puan Rahaini, Cik Sri Arjuna

Gambar lain :

    
Sporting tak??
 
 
Senyum.. tak perlu kata apa-apa...


nampak tak ibu mengandung tue?? hihi

Peace Yo!        



To Be continued....

Friday, 23 March 2012

:: Pensyarah Hangat Minggu Ini ::

Assalamualaikum, 




Gambar ini merupakan gambar pensyarah-pensyarah yang paling hangat minggu ini.. hehehe... 

Kenapa hangat?? Sebab tanpa mereka, sunyilah jabatan kami. 

Jom! Zoom in pasal mereka ni..

Dari kiri, si cantik manis ini adalah pensyarah akaun iaitu Miss Suhana! yang di tengah-tengah si ayu nie adalah pensyarah Matematik iaitu Miss Sri Arjuna dan yang putih gebu ini adalah pensyarah akaun juga iaitu Miss Rahaini

Kalau semua nak taw, mereka bertiga ni adalah pensyarah senior di INSTEDT dan di bawah Jabatan Pengurusan & Perakaunan.. 

ok! Cukup untuk hari ini... Esok lusa kita zoom in pensyarah lain pulak ..

=)

p/s : Pensyarah JPP yang lain sabar yek! nanti saya zoom in.. Jangan rebut-rebut, sebab semua akan ada kat dalam blog ini..

Bye!

:: Tentang JPP ::

Assalamualaikum, 

Jabatan Pengurusan dan Perakaunan ini mempunyai sebanyak 5 program. Berikut merupakan program-program yang ditawarkan di INSTEDT berserta dengan syarat kemasukan. 



Diploma Pengurusan Perniagaan (DPP) 



Lulus SPM
3 Kepujian mana-mana subjek dan lulus Bahasa Inggeris

Diploma Perakaunan (DPA)

Lulus SPM
3 Kepujian mana-mana subjek dan lulus Matematik



Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang ( DLS)

Lulus SPM,
3 Kepujian mana-mana subjek 

Untuk sesiapa yang berminat untuk memohon program-program di atas, boleh la tinggalkan komen anda di entri ini.




:: Selamat Datang ::

Assalamualaikum, 





Untuk entri yang pertama ini, kami staf di bawah Jabatan Pengurusan dan Perakaunan ( JPP ) mengucapkan "Selamat Datang" ke blog kami.